Ibadah Korban | Permintaan lembu ‘gemuk’ berkurangan, harga tinggi

2022-07-05 0

Permintaan lembu ‘gemuk’ bagi ibadah korban di kawasan luar bandar tahun ini didakwa berkurangan kerana harga yang tinggi.

Penternak lembu di Kampung Lepan Jaya, Gua Musang, Kelantan, Mohd. Saiful Basri Mat Yaakob, berkata, orang ramai tidak berani membeli lembu bersaiz gemuk kerana harganya boleh mencecah 12 ribu ringgit sehingga 20 ribu ringgit seekor.